Saturday, September 5, 2009

TEKA-TEKI

  1. Negeri apa yang paling ramai penduduk di Malaysia?
  2. Negeri apakah yang paling kaya di Malaysia?
  3. Negeri apakah yang paling luas di Malaysia?
Sila hantarkan jawapan anda pada komen di bawah.
Jawapan akan dihantar pada komen minggu hadapan.

Friday, September 4, 2009

BULAN PUASA BULAN MENTARBIYYAH

Bissmillahhirrahmanirrahim. Sekarang ini kita sudah di pertengahan bulan puasa, begitu cepat masa berlalu. Berdasarkan tajuk diatas, saya ingin menerangkan tentang tujuan kita berpuasa. Berpuasa bukan hanya untuk merasa bagaimana keadaan orang miskin yang kelaparan, tetapi untuk mentarbiyyah dan mendisiplinkan nafsu kita. Pada bulan puasa, syaitan telah dirantai dan saluran darah dimana tempat syaitan merayap di dalam badan kita telah sempit. Jadi, inilah masanya untuk kita melatih diri kita supaya tidak terlalu ikutkan nafsu. Allah menjadikan ujian keatas kita dan Allah menjadikan penyelesaian keatas setiap ujiannya. Allah menjadikan nafsu dan Allah juga menjadikan akal supaya kita boleh berfikir mana yang baik dan yang buruk. Fikir2kanlah....wallahua'lam.

Tuesday, September 1, 2009

NEW UPDATE

Bissmillahirrahmanirrahim, Saya baru sahaja update sedikit hiburan sebagai santapan umum. Anda boleh lihat pada kanan skrin komputer anda (jika anda buka blog saya) terdapat dua sudut video. Yang pertama Sudut Pendeta dan Sudut Kreatif sebagai santapan pengajaran. Jadi selamat menonton...

ehem ehem

Assalamualaikum. lame benor amber dok update blog ni. Dok tahu nok tulis apa. Tiada topik lagi. Kalau saya ada topik nanti, insya'allah saya akan update. By the way, kalau free sila layari icycold.weebly.com. Saya dan rakan2 saya diberi kerja kursus oleh cikgu TM ( teknologi maklumat) supaya membuat satu laman web tentang kehidupan antartik. So, semua maklumat ada dalam tu. Jadi, jemput layari. Jangan malu2.

Thursday, June 18, 2009

UFO

Bismillahhirahmanirrahim. Hahaha sudah lame tak post kat blog ni.. Kepada semua peminat saya semua saya tidak akan menghampakan anda semua. Sebenarnya saya baru sahaja lepas menonton cerita pasal Alien. Tiba-tiba saya teringat pula ketika saya ternampak Untuk Fly Only (UFO) di Kuantan kat rumah Pok Li. Ketika itu saya Nizam dan Faisal sedang bermain di taman permainan dekat depan rumah Pok Li. Mula-mula saya terdengar bunyi seperti enjin kapal terbang. Pada mulanya saya memang fikir itu kapal terbang. Tetapi lampunya bewarna biru. Tapi tak hairanlah kalau lampu bewarna biru, mungkin pilot tu nak tukar selera, sebab kapal terbang kan lampunya warna merah. Pesawat itu pun berlanggar dengan awan. Tiba-tiba... Kita berehat bersama kit kat.
Hahaha.. Cerita best tak boleh tergesa-gesa. Teruskan menonton.. Tiba-tiba warna lampu pesawat itu bertukar kepada kuning, kemudian ia berlanggar lagi denagn awan lain, ia bertukar menjadi merah, ia berlanggar lagi, bertukar menjadi biru semula dan begitulah seterusnya. Akhirnya, ia semakin jauh. Saya rasa itu UFO....

Sunday, May 17, 2009

KENAPE SAYE SUKA KUCING DAN HAIWAN APE YANG SAYE TAKUT

Bismillahhirahmanirrahim. Hari ini saya akan menceritakan kenapa saya suke akan kucing.
Pada mulanya saya takut juga pada kucing. Ketakutan saya berakhir di rumah abang dalam undang2 saya (brother in law) iaitu abang Arif.
Adik abang Arif fikir saya ni takut kucing, memenag saya takut pun. Jadi setiap hari saya buat2 berani sajelah. Oleh sebab saya buat2 berani, ia menjadi satu tabiat. Akhirnya saya tidak takut lagi pada kucing. Dan saya telah membela beberapa ekor kucing. Kucing saya telah mencapai ke 7 keturunan. Daripada ibu, dia melahirkan anak sehinggalah anak dia melahirkan anak.
Haiwan yang saye takut atau phobia ialah ULAT...
Terutamanya ulat sampah@ulat pin.
Saye mula phobia pada ulat pin ketika saya berumur 5 tahun. Ketika itu ulat tersebut berada di atas kaki saya. Saye pun berguling-guling, melompat-lompat supaya ulat itu jatuh ke tanah.
Sejak itu, saya mula phobia dengan ulat itu.
Itu sajalah cerita saye....

Friday, May 8, 2009

PERHATIAN!!!

Char kuey teow telah ade di Bukit Depu. Masakan panas2, hot2 blake. Nok brape tepoh skarang.
Untuk tempahan sila layari laman web dibawah.
www.charkueyteowBukitDepu.com/tipuaje.
Atau
sila hubungi toukeh kedai itu.
Selamat membeli........
salam


























U