Thursday, June 18, 2009

UFO

Bismillahhirahmanirrahim. Hahaha sudah lame tak post kat blog ni.. Kepada semua peminat saya semua saya tidak akan menghampakan anda semua. Sebenarnya saya baru sahaja lepas menonton cerita pasal Alien. Tiba-tiba saya teringat pula ketika saya ternampak Untuk Fly Only (UFO) di Kuantan kat rumah Pok Li. Ketika itu saya Nizam dan Faisal sedang bermain di taman permainan dekat depan rumah Pok Li. Mula-mula saya terdengar bunyi seperti enjin kapal terbang. Pada mulanya saya memang fikir itu kapal terbang. Tetapi lampunya bewarna biru. Tapi tak hairanlah kalau lampu bewarna biru, mungkin pilot tu nak tukar selera, sebab kapal terbang kan lampunya warna merah. Pesawat itu pun berlanggar dengan awan. Tiba-tiba... Kita berehat bersama kit kat.
Hahaha.. Cerita best tak boleh tergesa-gesa. Teruskan menonton.. Tiba-tiba warna lampu pesawat itu bertukar kepada kuning, kemudian ia berlanggar lagi denagn awan lain, ia bertukar menjadi merah, ia berlanggar lagi, bertukar menjadi biru semula dan begitulah seterusnya. Akhirnya, ia semakin jauh. Saya rasa itu UFO....