Thursday, April 16, 2009

AKADEMIK, AKHLAK DAN "AKHLAK ISLAMIAH"

Semua yang diatas sebenarnya berkaitan semuanya. Jika tertinggal satu saja kita tidak akan berjaya. Jadi jagalah akademik, akhlak dan akhlak islamiah kita.
AKADEMIK : Akademik penting untuk kita berfikir dengan bijak. Jika akhlak dan akhlak islamiah
baik tapi akademik kita buruk, kita tak boleh berfikir dengan baik semasa exam.
AKHLAK : Akhlak juga penting untuk berjaya. kita perlu berakhlak mulia seperti menolong
orang
atau sebagainya. Jika akhlak kita mulia barulah Allah akan bntu kita dlm exam
AKHLAK ISLAMIAH: Akhlak islamiah penting untuk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.
Jika kita menjaga akhlak islamiah, kita akan lebih dekat dengan Allah.
Jika kita dekat dengan Allah, Allah akan jaga kita dan segala doa dikbulkn.

Jadi jagalah ketiga-tiga perkara diatas untuk kejayaan didunia dan diakhirat. Jika tertinggal satu saja perkara diatas, tidak berjayalah kita. Buktinya orang baik akademik tapi buruk akhlak, Dia hanya berjaya didunia tetapi tidak berjaya diakhirat. Jika orang buruk akademik dan baik akhlak, dia berjaya diakhirat tapi gagal didunia. Akhirat lebih penting. Tapi orang sekarang ini lain, mentang2 akademik buruk, dia pun putus asa. "sudah takdir bergini." Salah tanggapan ini sebenarnya. Takdir boleh diubah kecuali 3 "Mati, Jodoh dan satu lagi saya lupa.
Jadi sekian Assalamualaikum....

Tuesday, April 7, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH

Assalamualaikum. Saya ingin menceritakan perjalanan ummi dan abah dari rumah ke airport sehinggalah ke Mekah.

Perjalanan kami bermula pada pukul 2.15 petang. Kami tiba di airport pada pukul 2.35 petang.
Sementara menunggu kapal terbang tiba, kami bergambar di sana. (nanti saya update laa gambar tu). Pada pukul 3.40 petang, kapal terbang pun tiba. Saya, Zaim, Nizam, Faisal dan Yo (Asrul) berpeluk dengan ummi dan abah. Ummi dan abah berlepas ke KLIA pada pukul 4.30 petang.
Dengar khabar ummi dan abah sampai ke KLIA pada pukul 5.50 petang. (sebab semasa ummi telefon pada pukul 5.50, ummi kata dia sudah sampai di KLIA).

Itu sajalah cerita saya....Sekian.

Saturday, April 4, 2009

LUMRAH......

Assalamualaikum.

1) Lumrah kanak2 hidup dengan kata2 yang terbalik. Apabila orang kata jangan panjat pokok,
mereka panjat. Apabila orang tegur "Hah, panjat lagi, panjat lagi!" mereka turun...

2) Lumrah remaja. Suka akan cabaran. Kawan tunjuk PSP, dia nak beli juga. Kawan hisap rokok
dia nak juga. Sekali kawan baling baru dia sorang yang terguling.

3) Lumrah peniaga. Bila minyak naik, harga pun naik. sekali minyak naik RM1000000000 seliter
bagaimana agaknya sebungkus nasi lemak? Saya rasa sebutir beras ibarat seketul emas.

( Ini hanyalah gurauan semata-mata. Tiada kena mengena antara yg mati atau sebaliknya)