Thursday, September 17, 2009

NO MORE CARLSBERG

Bismillahhirrahmanirrahim. Hari ini ada berita baik untuk peminat Liverpool. Pada season depan, carlsberg tidak akan menjadi sponsor untuk liverpool lagi dan Standard Chartered akan menggantikannya. Standard Chartered ialah sebuah syarikat bank. Ia merupakan berita baik bagi saya kerana saya boleh membeli baju Liverpool yang Ori..

Friday, September 11, 2009

9 JENIS SYAITAN DI DUNIA

Umar al-Khattab ra ada berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam & kempat yang ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yang terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar
Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupa yang lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
ini mereka2 yang menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini saja nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik lah kolesterol lepas itu dapat
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm

Sunday, September 6, 2009

Tazkirah

Kata2 Saidina Umar Al-Khatab : Kita dimuliakan oleh Allah kerana Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, dia mendapat kehinaan daripada Allah.

Saturday, September 5, 2009

TEKA-TEKI

  1. Negeri apa yang paling ramai penduduk di Malaysia?
  2. Negeri apakah yang paling kaya di Malaysia?
  3. Negeri apakah yang paling luas di Malaysia?
Sila hantarkan jawapan anda pada komen di bawah.
Jawapan akan dihantar pada komen minggu hadapan.

Friday, September 4, 2009

BULAN PUASA BULAN MENTARBIYYAH

Bissmillahhirrahmanirrahim. Sekarang ini kita sudah di pertengahan bulan puasa, begitu cepat masa berlalu. Berdasarkan tajuk diatas, saya ingin menerangkan tentang tujuan kita berpuasa. Berpuasa bukan hanya untuk merasa bagaimana keadaan orang miskin yang kelaparan, tetapi untuk mentarbiyyah dan mendisiplinkan nafsu kita. Pada bulan puasa, syaitan telah dirantai dan saluran darah dimana tempat syaitan merayap di dalam badan kita telah sempit. Jadi, inilah masanya untuk kita melatih diri kita supaya tidak terlalu ikutkan nafsu. Allah menjadikan ujian keatas kita dan Allah menjadikan penyelesaian keatas setiap ujiannya. Allah menjadikan nafsu dan Allah juga menjadikan akal supaya kita boleh berfikir mana yang baik dan yang buruk. Fikir2kanlah....wallahua'lam.

Tuesday, September 1, 2009

NEW UPDATE

Bissmillahirrahmanirrahim, Saya baru sahaja update sedikit hiburan sebagai santapan umum. Anda boleh lihat pada kanan skrin komputer anda (jika anda buka blog saya) terdapat dua sudut video. Yang pertama Sudut Pendeta dan Sudut Kreatif sebagai santapan pengajaran. Jadi selamat menonton...

ehem ehem

Assalamualaikum. lame benor amber dok update blog ni. Dok tahu nok tulis apa. Tiada topik lagi. Kalau saya ada topik nanti, insya'allah saya akan update. By the way, kalau free sila layari icycold.weebly.com. Saya dan rakan2 saya diberi kerja kursus oleh cikgu TM ( teknologi maklumat) supaya membuat satu laman web tentang kehidupan antartik. So, semua maklumat ada dalam tu. Jadi, jemput layari. Jangan malu2.